Terima kasih ..... Sahabatku...

Sunday 31 January 2010

PeLuAnG kEdUa...



Seorang sahabat pernah berpesan...

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi pertemuan, tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan...."

Indahnya bait kata-kata itu tapi tanpa kita sedari setiap hari pertemuan akan berlaku... sama ada yang pertama atau seterusnya... tapi sedar kah kita bahawa setiap pertemuan itu ada peluang yang datang seiring....


Pertemuan dengan keluarga di kampung membuatkan hati ku terhibur... walau seketika tapi cukup bermakna... masih ada yang sayang... itu yang boleh ku gambarkan... akan adakah pertemuan itu untuk esok... hanya Allah yang tahu jawapannya... peluang itu perlu diambil sewajarnya...


tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang anak...

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang ibu...

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang bapa...
tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang isteri...
tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang suami...


Pertemuan dengan sahabat mengimbau kenangan silam... pahit, manis, suka, duka ... semuanya menjadi kenangan terindah buat kita... dulu kita berkongsi apa saja dalam perjuangan mencari kesempurnaan... kini kita menuai hasilnya... apakah ada peluang itu lagi untuk hari-hari yang akan datang... gelak tawa itu mungkin hanya irama sehari ini...




tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang kawan yang baik

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang rakan yang prihatin

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang teman seperjuangan

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang sahabat yang budiman



Pertemuan mengundang peluang...

peluang yang mungkin cuma datang sekali...

tapi jika ada peluang kedua...

apa yang perlu kita lakukan???




Friday 29 January 2010

Pertemuan....

Pertemuan.....

Di mana harus ku mulakan...

bila pertemuan itu datang lagi....

sebagaimana yang kita sudah tahu, kehidupan kita kadang-kadang berada di atas, kadang-kadang berada di bawah...

kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku...semuanya telah tertulis dan ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi....

begitu juga dengan setiap pertemuan dan perpisahan yang berlaku... sama ada kita suka atau tidak ianya akan tetap berlaku... apa yang perlu kita lakukan ... lalui dengan tenang dan fikirkan hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku....

pertemuan... sesuatu yang indah untuk dikenang apatah lagi jika perpisahan pernah berlaku suatu ketika dulu.... peluang ke dua datang bertandang... tetapi kali ini dalam situasi yang cukup berbeza....

kehilangan... itu yang dapat ku luahkan... tanpa pesan dan amaran dia berlalu begitu sahaja... tiada persoalan yang terjawab... tiada khabar berita .... di manakah dia? kenapa harus begini?..

kini pertemuan menjengah kembali..... jawapan kepada pencarian ku...mungkin... tapi sayang aku hanya mampu menatap tapi tangan ku tidak sampai untuk menggapainya...

Ya Allah... betapa kasihnya DiriMu kepada hamba Mu... menjawab segala harapan dan doa hambaMu... setelah sekian lama kini bertemu kembali...

tapi kegembiraan tidak berterusan... ujian Mu datang lagi... pasrahkah aku? mampukah aku melaluinya semula? biarlah masa dan waktu menentukannya...

wahai pemilik hati yang budiman... terima kasih atas kasih sayang yang diberikan... kasih sayang yang tidak kenal garis masa ... kasih mu cukup utuh sayang mu teguh... aku bersyukur kerana masih diberi peluang merasainya... syukur ya Allah...

kudoakan kebahagiaan buat pemilik hati ... semoga perjalanan kita seterusnya lebih dipermudahkan... pengorbanan mu bukan sedikit.... hanya Allah yang mampu membalasanya...

yang pasti pencarian ku belum berakhir.....



Wednesday 27 January 2010

Doa

Kebangkitan daripada jatuh tersungkur perlukan satu kekuatan yang cukup kental dan mencabar kapasiti diri ini...
Dalam kekalutan dan kegelapan di alam fana ini, aku merujuk kepada yang pakar...

Doa ini dititipkan untuk diamalkan disepanjang perjalanan hidupku seterusnya...

Ku kongsikan bersama sahabat-sahabat ku...

Moga segala urusan kita di alam fana ini dipermudahkan...


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


اَلَّلهُمَّ افْتَحْ لىِ اَّبْوَابِ الخَيْرِ وَاَّبْوَابَ السَّلاَمَةِ وَاَّبْوَابَ الصِّحَةِ وَاَّبْوَابَ النِّعْمَةِ وَاَّبْوَابَ البَرَكَةِ وَاَّبْوَابَ الْقُوَّةِ وَاَّبْوَابَ الْمَوَدَّةِ وَاَّبْوَابَ الرَّحْمَةِ وَاَّبْوَابَ الرِّزْقِ وَاَّبْوَابَ الْعِلْمِ وَاَّبوَابَ المْـَغْفِرَةِ وَاَّبْوَابَ الْجَنَّةِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ya Allah....! bukakanlah untukku,

pintu – pintu kebaikan,

pintu – pintu keselamatan,

pintu – pintu kesihatan,

pintu – pintu nikmat,

pintu – pintu keberkatan,

pintu – pintu kekuatan,

pintu – pintu cinta sejati,

pintu – pintu kasih sayang,

pintu – pintu rezeki,

pintu – pintu ilmu,

pintu – pintu keampunan

dan pintu – pintu syurga,


Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Doa seorang isteri...

Dari peti simpanan.. ingin ku kongsikan bersama pengunjung yang sudi bertandang...


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

Tuesday 26 January 2010

Kerisauan...


Hari yang cukup meletihkan... berkampung di sekolah bukanlah perkara luar biasa bagi seseorang pendidik apatah lagi jika terlibat dengan kelas peperiksaan atau memegang jawatan penting di sekolah.... ini tidak mengecualikan aku untuk menjadikan sekolah sebagai rumah kedua ku....

Risau... itu yang dapat ku gambarkan untuk merumuskan urusan hari ini... Selasa hari yang cukup sibuk sebab hari ini aku ada 7 waktu untuk masuk ke kelas... ada 3 waktu untuk aku selesaikan urusan yang lain...

Seawal pukul 6.45 pagi aku sudah terpacak di kelas tahun 4 setia... sebagai guru kelas harus ku uruskan segala keperluan kelas dan kebajikan murid-murid 'istimewa' ini.... hari ini masih berkisar dengan 'whole number' (nombor bulat)... tugasan yang ku beri minggu lalu ada lagi yang merangkak untuk menyelesaikannya... apa yang perlu ku lakukan untuk selesaikan masalah ini.. risau aku dibuatnya....

Tahun 4, topik nombor bulat hingga 100 000... tapi anak-anak ini nak eja 'twelve' pun tak reti, nak bezakan 'fourteen' dan 'fourty' pun kena fikir dua kali... risaunya... Apa nak jadi? Apa yang dah berlaku? Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan? Yang pasti itulah cabaran untuk ku pada tahun ini... Risau dengan amanah ini....

Jam 10.30 pagi, aku dikunjungi lagi oleh 'si ibu'... kerisauan diwajahnya membuatkan aku turut risau... Melayan hati si ibu ini perlu kesabaran.. bertanya soalan yang sama beberapa kali.. Apa harus ku lakukan untuk membuatkan ibu ini faham situasi sekolah dan situasi anaknya... Nama ku sudah meniti dibibirnya... setiap kali dia berkunjung pasti aku yang dicari... Risau dengan amanah ini...

Kelas tambahan bermula jam 2.15 p.m. Langkah ku terhenti bila ada seorang ayah mencari anaknya... Pagi tadi memang sudah dipersetujui untuk mengambil anak pada waktunya tapi di mana anaknya? Aduh... mana nak cari ni.... Tawaf kawasan sekolah berkali-kali pun tidak jumpa.. di rumah tidak ada... yang terlintas difikiran ku... mungkin anak ini mengikut kawan nya pulang ke rumah tapi kawan yang mana satu... risaunya... saat ini adakah anak ini sudah berada di rumah? Kerisauan di wajah ayahnya petang tadi membuatkan aku bertambah risau... lebih merisaukan lagi, aku guru kelas yang diamanahkan menjaga anaknya... tapi kesibukan dengan tugas aku leka seketika hingga anak itu hilang daripada pandangan mata....
Risau dengan amanah ini....

1 jam bersama 18 orang calon UPSR 2010 yang di amanahkan kepada ku, cukup singkat rasanya untuk membuat latih tubi untuk 10 soalan kertas 2. 10 soalan yang sepatutnya perlu disiapkan dalam masa 20 minit saja, berlarutan hingga ke akhir waktu... Soalan bertubi-tubi datang kepada ku... "Cikgu, average apa?"... "Cikgu, simplest form tu macam mana?".... "Cikgu, soalan ni nak apa?... Alahai anak-anak ku .. bersediakah kamu untuk Pra UPSR 1/2010 ni.. ada seminggu lagi... istilah mudah, konsep mudah semua nya dah lupa di makan cuti sekolah... mampukah aku melakukan keajaiban... Kelas pandai ni... murid-murid terpilih...
Risau dengan amanah ini...

Malam ini bersengkang mata lagi... tuntutan untuk mendapat 'sarjana' ni bukannya mudah... kena kental mental dan fizikal... mampukah aku menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan...
Risau dengan amanah ini...

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk melaksanakan segala amanah ini... jadikan kerisauan ini sebagai satu semangat untuk meneruskan perjuangan ku .. syukur aku diuji dengan cabaran ini.. semoga aku mendapat kasih sayang Mu dan Kau permudahkanlah segala urusan ku dalam mencari keredhaan Mu...

Mungkin kah esok ... kerisauan ini akan hilang.....

Sunday 24 January 2010

Buta...


Coretan dalam simpanan...

Tiga buta yang membawa bencana dan bahagia...

Sedar atau tidak kita mungkin buta walaupun boleh melihat dengan jelas....


~ Buta hati ~

Hati yang buta tidak akan mengenal Allah, kebaikan dan kebenaran. Lalu timbullah penyakit keji-mengeji, tidak bertimbang rasa, tidak bersyukur serta tidak merasa berdosa dan bersalah apabila melakukan maksiat. Hati hanya mengikut kepimpinan hawa nafsu jahat dan terus melakukan dosa dan kemungkaran.

Akibatnya seseorang insan itu akan berkelakuan seperti syaitan yang suka mengadu domba, tamak, membuat fitnah, sombong dan bersifat seperti binatang. Hati sudah tidak berperanan, sebaliknya nafsulah yang mengambil alih tempatnya sebagai raja.

"Sesungghnya Kami peruntukan untuk mereka neraka Jahanam kebanyakkannya terdiri daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (bukti kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Al-Araf:179)



~ Buta Aqal ~

Orang yang buta aqal ialah orang yang aqalnya tidak boleh berfikir lagi atau tidak mahu lagi menggunakan fikirannya sekali pun otaknya tajam dan cerdik. Apabila aqalnya telah buta, dia tidak lagi dapat menangkap ilmu pengetahuan dan pengalaman hidup daripada apa yang dilihat atau pun daripada sentuhan anggota lahir. Akibatnya manusia seperti ini menjadi pasif, beku dan kosong daripada ilmu pengetahuan.



~ Buta Nafsu ~

Sebaliknya buta nafsu ialah nafsu yang tidak mendorong manusi mengikut sifat semulajadinya ke arah kejahatan dan kemungkaran. Ia akan membawa kebahagiaan kerana kebutaannya akan dipimpin oleh hati yang memang tabiat semulajadinya mengenal Allah, taat dan sukakan kebaikan.


Hati sebagai raja dalam kerajaan sendiri (diri kita) akam memimpin nafsu bersesuaian dengan kehendak yang dibenarkan oleh Allah dan Rasul. Hati yang buta ialah hati yang rosak, kebutaan itu akan dipimpin oleh nafsu, sebaliknya nafsu yang buta adalah lebih baik buat seseorang kerana ia kan mendorong kepada kebaikan.

Oleh itu HATI hendaklah di JAGA agar sentiasa SIHAT, AQAL pula hendaklah diPELIHARA agar TIDAK BUTA supaya dapat memimpin HATI dan NAFSU ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat...

Wallahu'alam...

Saturday 23 January 2010

Pencarian…


Bukan mudah rupanya untuk memulakan tarian pena ku ini… banyak aspek yang perlu diambil kira… untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti itu menuntut masa dan tenaga yang bukan sedikit… kata seorang sahabat perlu bakat dan komitmen yang tinggi terutama dalam pembacaan buku-buku ilmiah… dengan kata lain istiqamah… Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang hebat… yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang… walau tidak dikenali secara mendalam, ruang maya ini membawa aku mengenali insan-insan yang mempunyai matlamat hidup yang hebat dan ianya banyak mempengaruhi kehidupan ku sekarang…


Ku mulakan tarian pena ku ini dengan melahirkan rasa sebak dan sedih di atas pemergian seorang sahabat baik ku, rakan seperjuangan ketika belajar di UIA dulu.. susah senang kami harungi bersama… Siti Munirah Zakaria insan yang baik dan beruntung mengenali mu … ku rindui gelak tawa mu Cik Mun tapi kau pergi dulu mengadap Ilahi dan saat itu terhentinya pencarian mu dalam kehidupan ini… semoga roh mu dicucuri rahmat dan diri mu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Al-Fatihah…


Bagaimana dengan aku… entah bila pencarian ini akan berakhir… gerun rasanya bila memikirkan saat yang akan tiba bila-bila masa sahaja.. sebagaimana janji Allah, kematian itu satu kepastian… bersediakah aku untuk menghadapinya… petang semalam aku berkesempatan berbual dengan seorang sahabat yang cukup aku kagumi… bersyukur kerana dipertemukan dengan dirinya… katanya, itu fitrah… kalau kita mensyukuri Allah, menghargai segalanya, ibubapa, orang-orang yang berurusan dengan diri kita, beramal..dan lain-lain....InsyaAllah kita tidak akan takut untuk pergi..mengadap Ilahi…


Banyak perkara yang ku pelajari daripadanya… istilah posmen yang digunakan membuatkan aku tersenyum dan banyak berfikir… bagaikan seorang anak kecil yang dahagakan air susu ibunya, begitulah aku mengikuti hasil penulisannya… banyak kali aku tersentak bila apa yang diperkatakan itu secara langsung ‘mengena’ dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupan ku… maaflah bahasa ku tidak seindah bahasa penulisan yang sepatutnya… ku gelar diriku orang nombor yang agak buta bahasa tapi ku teruskan jua untuk mencuba… tidak rugi mencuba sesuatu yang baru… dan di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Peluang ini kugunakan sepenuhnya untuk menyelak lembaran hidup ku yang selama ini agak kelam kabut dan mungkin sudah tiba masanya ku atur semula agar ianya lebih bersistem dan mempunyai matlamat yang jelas… bukannya tidak pernah melarik impian hidup tapi kadang-kadang persekitaran dan tuntutan masa banyak mengubah haluan kita… jika tidak pandai mengemudi, mungkin hanyut dibawa arus hidup dunia sekarang ini.


Aku bersyukur ya Allah… kali ini pencarian ku punyai matlamat yang tidak pernah diberi perhatian yang sewajarnya sebelum ini. Bukannya tidak tahu tapi kadang-kadang buat tidak tahu… sikap manusia yang mudah lupa bila mendapat nikmat yang diberikan… dan kerana itu juga musibah akan datang bila-bila masa sahaja… bila dah terhantuk baru kita tahu betapa mudahnya diri kita alpa, leka dan lalai dengan nikmat dunia ini. Musibah yang datang kali ini, benar-benar membuatkan aku tersungkur… Tanpa sahabat-sahabat ku disekeliling, mana mungkin aku bisa bangun semula… Alhamdulillah … kesakitan yang datang, kesukaran untuk meneruskan nafas, keperitan menerima segala yang telah tertulis, kebimbangan mengemudi haluan dan kesunyian dalam melakar perjalanan hidup… membuatkan aku lebih redha dan berlapang dada di atas ketentuan Ilahi… setiap kepahitan itu pasti ada kemanisannya…


Sahabat ku pernah berkata… ruang maya ini bukan sekadar tempat untuk meluahkan apa yang ada di dalam fikiran kita tapi satu ruang untuk mengingatkan.. tapi sayang tidak ramai yang ambil peluang ini sebaiknya…pintu hati mereka tertutup…

dan tak nampak…. hijab ditutup Allah…katanya lagi orang yang pandai ialah orang yang membuat persiapan untuk MATI…


Sebagai hambaNya, kita mohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Satu malam rezeki aku berada di depan tv mengikuti satu program bersama Dr Fadzillah Kamsah …Anjakan paradigma… dalam rumusannya, dia menyeru agar kita sentiasa berusaha menarik hidayah Allah supaya kita tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang sesat di dunia fana ini… Bagaimana kita nak tarik hidayah Allah??? Yang pasti pengisian progam ini turut membuka mata hati ku ke arah satu perubahan hidup.. tapi persoalannya sejauh mana kita boleh beristiqamah dan wasatiah dalam tindak tanduk kita… akan ku sambung tarian ini sedikit masa lagi…

Tuesday 19 January 2010

Sampai bila...


















Musibah datang tanpa amaran...
Silap langkah kita kecundang...
Perlu bijak dalam merencana jalan penyelesaian...
Apatah lagi apabila melibatkan nyawa dan keselamatan...


3 'missed call' tertera di paparan telefon bimbitku... hati ku berdebar-debar... panggilan dari sepupu membuatkan aku tertanya-tanya apakah berita yang bakal ku dengari... ku kuatkan hati untuk membuat panggilan semula... rupanya ibu saudara ku ditimpa musibah... tayar kereta pecah dalam perjalanan dari Mukah ke Bintulu... lokasi kejadian tidak diketahui tapi yang pasti tempat tu belum sampai ke lapangan terbang Bintulu... alamak apa yang harus ku lakukan... kalau dulu ada 'dia'... satu panggilan saja dapat selesai semua tapi sekarang cuma aku sendirian... Ya Allah apa yang harus ku lakukan sekarang...

Setelah tahu keadaan sebenar yang berlaku dari ibu saudara ku... banyak persoalan yang perlu dijawab dalam masa yang singkat dan kena bijak membuat keputusan... mana nak cari tayar kereta dalam masa ni, semua kedai dah tutup... bengkel kereta pun dah tutup... Bintulu bandar kecil... semua nya dah berhenti beroperasi... size tayar sama ke setiap kereta? minda ligat mencari alternatif... teringat dengan seorang sahabat yang mempunyai kereta jenis yang sama. alhamdulillah dia sudi membantu... setelah dia tiba di rumah ku... alamak macam mana nak hantar tayar kereta ni ke tempat tu... kekangan tiba-tiba jadi penghalang... rabun malam dengan tahap silau yang tinggi ni... cermin mata entah ke mana pergi... tak dapat dikesan sejak 'hari kejadian'... macam mana nak memandu ni... lokasi pulak tak tahu kat mana... ku tanya sahabat ku boleh pandu ke malam-malam macam ni... rupanya masalah yang sama... rabun malam... kereta pulak gear manual... nak buka 'spare tyre' tak reti kalau nak bawa dengan kereta ku.... argh sudah..... nak buat macam mana ni???

Sikap 'bergantung' dengan orang lain itu 'membunuh' jalan yang ada... kena cari juga 'lelaki' untuk membantu tapi siapa? Ya Allah... kalau lah ada 'dia'.... tapi tidak boleh berhenti berharap... dalam situasi sekarang semua orang sibuk hantar anak-anak ke kelas mengaji, tuisyen dan sebagainya... siapa yang boleh bantu... aku terfikir akan satu nama.... alhamdulillah... ada juga sahabat yang sudi bantu... dalam kekalutan ada jalan...

Tanpa tahu lokasi... kami mulakan perjalanan... rupanya tempat yang dituju itu tidak mudah untuk dilalui.. dengan hujan dan kegelapan malam kami mencari lokasi sebenar.. lebih kurang 30 minit ....alhamdulillah akhirnya berjumpa juga dengan ibu saudara ku... dalam kepekatan malam dan hawa sejuk dari hujan yang turun, kami selesaikan apa yang patut secepat mungkin... rupanya bukan ibu saudara ku saja jadi mangsanya tapi banyak lagi kereta yang tersadai di tepi jalan...

Dalam jam 11 malam segala urusan selesai ... Alhamdulillah ... ku panjatkan syukur ke hadrat Mu ya Allah... Kau permudahkan urusan kami dan Kau telah selamatkan keluarga dari sebarang kecelakaan...

Sahabat-sahabat yang sudi membantu... terima kasih ku ucapkan.. hanya Allah yang mampu membalasnya...

Satu persoalan... sampai bila harus bergantung dengan orang lain apabila ditimpa musibah sebegini... kaum hawa perlengkapkanlah diri kalian dengan pelbagai kemahiran dan ilmu dalam meneruskan perjuangan untuk hari-hari mendatang... bila bersendirian... tiada 'dia'.. kita perlu mengorak langkah... rebut lah 5 perkara sebelum tibanya 5 perkara.... alhamdulillah...segalanya urusan telah selesai... semoga perjalanan ibu saudara ku hari ini lebih dipermudahkan...

Dan aku kena cari cermin mata yang hilang tu... dan kena asah kemahiran memandu kereta selain kereta sendiri... teruskan perjuangan wahai diri ku...

Saturday 16 January 2010

Apa harus ku lakukan?



Semalam menerima seorang murid baru dari satu daerah di bahagian ini... cukup daif dan menyentuh perasaan.. ibu kurang sihat dari segi mentalnya... tapi masih mempunyai satu harapan untuk melihat anaknya di didik seperti anak orang lain... dengan berbekalkan sebuah beg kosong yang cuma ada sebatang pensel dan sebuah buku tulis yang lunyai saya menghantarnya ke dalam kelas..

Siibu bagai tidak mahu meninggalkan anaknya kerana takut sesuatu akan berlaku kepada anaknya.. kerana mungkin dalam fikiran si ibu anaknya tidak seperti kanak-kanak yang lain... setelah dipujuk siibu berlalu pergi dengan perasaan yang berat...

Ku risik.. budak lelaki ini duduk mendiamkan diri saja... sekadar senyuman di bibir bila di tanya kerana tidak faham bahasa yang dituturkan oleh org sekeliling khususnya guru yang tidak pandai berbahasa ibundanya... termasuk saya...

Hari ini, pagi di sekolah dikecohkan lagi dengan kedatangan si ibu dengan omelan di bibirnya. kebetulan saya melintasi lalu saya ditegur oleh si ibu.... cikgu..cikgu yang semalamkan....dalam bahasanya.. saya antara faham dan tidak mengangguk kan kepala bertanya kenapa... ayam dan itik berbicara dalam mencari penyelesaian.. guna penterjemah.. pun tak selesai urusan itu..

Saya ditarik ke kelas untuk mencari jalan penyudah.. tanya pada guru yang ada di dalam kelas... ooooo rupanya si ibu nak beritahu yang jangan benarkan anak nya balik sendirian.. kena tunggu ibunya untuk balik ke rumah... maka si ibu mengarahkan guru dalam kelas untuk pastikan anaknya menunggu ibunya untuk pulang pada hari itu... bila guru menyatakan bahawa bukan dia yang akan berada di akhir waktu persekolahan nanti, si ibu beranggapan yang guru itu tidak mahu bertanggungjawab.. sebab itu saya dicari untuk membela nasib si anak...

Susahnya bila si ibu kurang sihat mentalnya... ayam dan itik berbicara di luar rebannya... sedih kerana tidak mampu membuatkan si ibu faham sepenuhnya tapi akhirnya si ibu pulang dgn sedikit kehampaan wpun saya cuba mententeramkan hatinya dengan kesanggupan menunggu hingga dia tiba balik sekolah nanti..

Tapi sayang si anak cukup 'hyper'.. tak sempat dipanggil sudah berkejaran utk pulang.. sempat di tangkap dan di suruh duduk di kerusi luar bilik guru.. ada ibu bapa datang bertandang untuk berurusan, bertanya itu ini, saya tinggalkan seketika.. bila keluar sudah tiada...

Saya beranggapan ibunya datang lalu saya berkemas untuk pulang... tetapi dalam perjalanan terserempak dgn si anak dengan kasut di tangan.. berjalan sendirian menuju ke rumah.. tak sempat behenti sebab laluan agak sibuk... memerhati dari jauh.. dan terfikir... apa akan jadi esok hari? Adakah saya akan dikunjungi lagi... bukan takut untuk berdepan tapi takut tidak sampai apa yang bakal diperkatakan... apa yang harus saya lakukan.......kita tunggu esok...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...