Terima kasih ..... Sahabatku...

Wednesday, 24 February 2010

HAMBAKU




Hambaku…
Hingga bilakah engkau akan terus menderhaka kepadaKu ?

Aku memberimu makan dengan rezeki dan ehsanKu,

Bukankah Aku menciptakan engkau dengan tanganKu
Bukankah Aku meniupkan rohKu padamu
Tidakkah engkau ketahui perbuatanKu

Kepada sesiapa yang mentaatiKu ?

Dan tidakkah engkau ketahui siksaanKu

Kepada sesiapa yang menderhaka kepadaKu ?



Hambaku…

Tidakkah engkau merasa malu

Engkau mengingatiKu dalam kesulitan dan kesusahan

Dan engkau melupakan Aku tatkala engkau dalam kesenangan

Jelas pandangan mata hatimu ditutupi hawa nafsu



Hambaku…

Katakan kepadaKu dengan apa engkau melihatKu

Ini keadaan orang yang tidak berkesan nasihat padanya

Hingga bilakah penangguhan ini ?



Hambaku…

Jika engkau bertaubat dari dosamu, keamananKu mendatangimu

Tinggalkanlah tempat-tempat yang kejernihannya

Bagaikan permata-permata indah

Dan harapan-harapannya ialah keamananKu

Engkau menjual keredhaanKu dengan yang lebih rendah

Dan tiada dalam wujud yang kedua selainKu



Hambaku…

Apakah jawapanmu kepadaKu ?

Andai anggota-anggotamu menjadi saksi atasmu

Dengan apa yang engkau dengar dan lihat

Ingatlah wahai hambaku…ingatlah

Suatu hari tiap-tiap seorang akan mendapat balasanKu

Sedia dibentang kepadanya dalam surat-surat amalnya.



Nukilan: Hasboul73/06
Sumber : Golden box

Tuesday, 23 February 2010

3 SOALAN & 3 JAWAPAN


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua ditempatnya.



Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, Insya'Allah.



Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan....

1.Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya?

2.Apakah yang dinamakan TAKDIR?

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?



Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya....!!

Pemuda : Saya amat tidak faham...??



Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya....!

Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu..., atau macam mana rupanya??..!

Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!?

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat ujudNya.



Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda : Tidak....!!?

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!



Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging...!!!

Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!



Pemuda : Allahuakbar!



Mari kita sama-sama fikirkan nilai disebalik kisah ini.....



Sumber: Golden box

PENAWAR DI KALA KEPENATAN




Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untukmendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anakkesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya sertamenantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Sumber: Golden box

Monday, 22 February 2010

KORBAN IBU



Setiap detik nafasnya adalah suatu pengorbanan

berusaha dalam jerih perih tak kira siang atau malam

membaiki taraf kehidupan

demi membela nasib keluarga

agar tidak terhina dek kedaifan

atau dipandang sepi masyarakat


Demi anak-anak dia rela berhempas-pulas

asal airmata mereka tidak jatuh

disebabkan kelaparan atau tertinggal dalam pelajaran


Keyakinannya amat kuat

di suatu hari nanti nasib ini akan berubah

dari suram kepada ceria

doanya biarlah dia tabah dalam membesarkan anak-anak

kerana kejayaan merekalah yang diharapkan

agar berjaya ke menara gading menjadi insan mulia

dihormati masyarakat bukan lagi dipandang enteng…


Alangkah indahnya apabila pengorbanannya dihargai

oleh anak-anak yang mengenang budi

dibelai dengan penuh kasih

mewarnai semarak cinta dan budi…


Sumber: Golden box


SILENT Killer




Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba......

Pintu bilik ICU itu terbuka.... Kemudian masuklah Makcik Bedah....Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..

Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut....soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

Sumber: Golden box

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...