Terima kasih ..... Sahabatku...

Sunday, 28 February 2010

Sejambak Mawar



Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi pada yang meminta dan menerima yang bertaubat.

Kuntum 2 : Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.

Kuntum 3 : Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan keampunan untuk mu dan syurga telah menanti anda

Kuntum 4 : Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.

Kuntum 5 : Ingatlah didunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tiada seorang pun didunia ini boleh mendapat semua keinginannya.

Kuntum 6 : Contohilah pohon kurma ; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas denngan menggugurkan buahnya.

Kuntum 7 : Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa guna bersedih?

Kuntum 8 : Jangan berharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.

Kuntum 9 : Siramilah api kebecian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

Kuntum 10 : Mandi, berwudhuk, memakai wewangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.


Renung-renungkan...

Sumber: Golden box

Saturday, 27 February 2010

WALAU SEPOTONG AYAT




Sampaikan pesanan-pesanan itu
kata-kata nasihat
cerita-cerita tauladan
kisah-kisah sufi
teguran membina
sampaikan pada mereka
walaupun sepotong ayat



Pesanan baik yang kau terima
jgn sekadar disimpan untuk dirimu
sampaikan..sebarkan
mereka juga sepertimu
amat memerlukan kata-kata yg baik
berlegar di sekeliling mereka



Alangkah bertuah
jika hidup tak pernah jauh
dari kata-kata pesanan
nasihat dan tunjuk ajar
bicara yang berilmu
dari segenap keprihatinan di sekelilingmu



Sepotong ayat terkandung nasihat
ibarat benih bermutu
campakkan pada tanah yg luas
menjadi pohon
berakar umbi
subur menjadi rimbun
berbuah lebat
menghasilkan lebih banyak benih yg baik



Sampaikan walau sepotong ayat
agar kita sentiasa ingat-mengingatkan
tak pernah jauh dari nasihat
dan pengajaran yang menginsafkan



Sampaikan olehmuwalau sepotong ayat.....

Sumber: Golden box

Friday, 26 February 2010

JANGAN MENANGIS SAYANG



Jangan menangis sayang

air matamu bak hujan turun

menghibakan lagi perasaanku

keringkan pipimu sayang

usah benarkan tangisanmu tercetus lagi di wajahmu

walau terpaksa menangis di dalam hati lebih baik begitu….



Jangan menangis sayang

perpisahan ini bukan dipinta

terpaksa kita merelakannya yang berlalu

biarkan berlalu sememangnya kita tak ditakdirkan bersama

terimalah kehendakNya

walaupun pahit untuk ditelan kita dicipta bukan untuk bersama……



Jangan menangis sayang

kenapa tangisanmu semakin laju?

titisan air matamu hanya menyayat pilu hatiku

lupakan saja kenangan bersama

binalah hidup baru

kuyakin kau dapat menempuhinya walau tanpa kehadiranku



Anggaplah pertemuan kita adalah takdirNya

sekadar menguji kita

dan anugerah kasih sayang yang tercipta adalah suatu rahmat dariNya



Sayangku.....jangan menangis

ku kan' tetap menyayangimu

biarpun kita berpisah ingatan

dan rinduku mengiringi selalu

doaku kau berkekalan bahagia

kasihku padamu tak mungkin terpadam…


Sumber: Golden box

Thursday, 25 February 2010

TRULY LOVE


Indahnya cinta yang ikhlas dari suami...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.Selama 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..


Sayangku,


Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."


"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."


"Siti suka jalan-jalan di Shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi,Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."


"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi pelik. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."


"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. "


"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.


"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."


Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


Sumber: Email dari seorang sahabat... syukran atas perkongsian ini...

Wednesday, 24 February 2010

HAMBAKU




Hambaku…
Hingga bilakah engkau akan terus menderhaka kepadaKu ?

Aku memberimu makan dengan rezeki dan ehsanKu,

Bukankah Aku menciptakan engkau dengan tanganKu
Bukankah Aku meniupkan rohKu padamu
Tidakkah engkau ketahui perbuatanKu

Kepada sesiapa yang mentaatiKu ?

Dan tidakkah engkau ketahui siksaanKu

Kepada sesiapa yang menderhaka kepadaKu ?



Hambaku…

Tidakkah engkau merasa malu

Engkau mengingatiKu dalam kesulitan dan kesusahan

Dan engkau melupakan Aku tatkala engkau dalam kesenangan

Jelas pandangan mata hatimu ditutupi hawa nafsu



Hambaku…

Katakan kepadaKu dengan apa engkau melihatKu

Ini keadaan orang yang tidak berkesan nasihat padanya

Hingga bilakah penangguhan ini ?



Hambaku…

Jika engkau bertaubat dari dosamu, keamananKu mendatangimu

Tinggalkanlah tempat-tempat yang kejernihannya

Bagaikan permata-permata indah

Dan harapan-harapannya ialah keamananKu

Engkau menjual keredhaanKu dengan yang lebih rendah

Dan tiada dalam wujud yang kedua selainKu



Hambaku…

Apakah jawapanmu kepadaKu ?

Andai anggota-anggotamu menjadi saksi atasmu

Dengan apa yang engkau dengar dan lihat

Ingatlah wahai hambaku…ingatlah

Suatu hari tiap-tiap seorang akan mendapat balasanKu

Sedia dibentang kepadanya dalam surat-surat amalnya.



Nukilan: Hasboul73/06
Sumber : Golden box

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...