Terima kasih ..... Sahabatku...

Monday, 1 March 2010

BIJAK MEMILIH KAWAN...


Rasulullah S.A.W bersabda "Berkawan dgn orang pintar seperti berdiri disisi penjual minyak wangi. Kalau tidak dapat minyaknya paling kurang tercium wanginya. Bergaul dengan orang jahil seperti berdiri disebelah tukang besi. Kalau tidak kena baranya paling kurang kena asapnya."


Sedia membantu kawan...

Bantu kawan terutama mereka yang memerlukan pertolonhaan tanpa diminta dan mengharapkan balasan.

Rasulullah bersabda "Orang islam adalah ibarat cermin kepada orang islam yang lain."



~ BERKAWANLAH DENGAN ORANG YANG BAIK AKHLAK DAN BERSIKAP SETIAKAWAN. BANTU MEREKA JIKA DITIMPA KESUSAHAN NESCAYA ALLAH AKAN MEMBANTU APABILA KITA SUSAH. ~


~SIAPA KAWAN KITA HARI INI BOLEH MENENTUKAN SIAPA KITA DI HARI ESOK ~



BAGAIMANA MEWUJUDKAN KASIH SAYANG DENGAN SAHABAT ...

Utamakan sahabat lebih daripada diri kita sendiri.

Panggil dia dengan nama panggilan yg dia suka

Kuatkan ikatan persahabatan dengan saling memberi tunjuk ajar dan nasihat

Beri nasihat dengan hikmah, jujur dan ikhlas jika ia melakukan maksiat dan kesilapan.

Jika dapat kurniaan Allah berita gembira dan pujian, segera sampaikan kepadanya disamping tumpang gembira bersama.

Beri perhatian bersungguh-sungguh dan lihat mukanya apabila dia berbicara .



BAGAIMANA MGHORMATI DAN MEMULIAKAN SAHABAT ...

Sentiasa mendoakan sahanat dengan doa yg baik-baik

Dahului memberi salam apabila bertemu sesama sahabat

Berikan kelapangan tempat duduk kepada sahabat didalam majlis. Jika tiada kongsi tempat duduk dengannya

Menjaga perhubungan persahabatan hingga ke akhirnya..

Kenang-kenangkan kebaikan sahabat boleh menumbuhkan kasih sayangnya kepadanya.

Segera ucapkan terima kasih diatas pertolongan sahabat disanping bersyukur kepada Allah.



MENJAGA RAHSIA SAHABAT ...

Jangan mnceritakan rahsia sahabat kepada orang lain

Diharuskn berdusta demi menjaga kpentingan sahabat

Untuk mengelakkan sahabat dianiaya, disunatkn berdusta

Tutup aib dan kecacatan sahabat.

Jangan sampaikan celaan orang lain



Wallahu'alam


Sumber: Golden Box


4 comments:

Omar GMC said...

Moga berjumpa sahabat yang baik. Ingin sekali menjadi yang terbaik di kalangan sahabatmu yang baik. Allahu akbar...

Ruby said...

~ Omar GMC

Semoga doa saudara dimakbulkan.. insya Allah...

Ruby said...

~ Omar GMC

Semoga doa saudara dimakbulkan.. insya Allah...

faizal yusup said...

saya suka entri ini... sangat baik!

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...