Terima kasih ..... Sahabatku...

Tuesday 2 March 2010

BAGAIMANA MENJADI SAHABAT YANG BAIK ?



Salam hormat kepada semua.


Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat. Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Terbinanya nilai sahabat yang baik sangat berperanan dalam mewujudkan kehidupan yang harmoni. Ia adalah nilai peribadi seseorang, sebahagian dari buah akhlak yang berakarkan iman. Sebahagian dari tanda seorang yang berjaya memimpin dirinya sendiri dan berpotensi untuk menjadi pemimpin.



Oleh itu, bagaimanakah mahu menjadi sahabat yang baik?



1) Memberi salam terlebih dulu bila bertemu.


2) Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri sendiri.


3) Memberi bantuan dan pertolongan yang diperlukan tanpa menunggu dia meminta.


4) Menyembunyikan segala rahsia sahabat.


5) Menceritakan atau menyampaikan puji-pujian orang terhadapnya. Jika menyembunyikan bererti menyimpan rasa dengki dan irihati.


6) Tidak menceritakan kejian dan celaan orang untuk mengelakkan rasa kurang senang dan terjadi krisis.


7) Memberi perhatian yang sungguh-sungguh ketita dia bercakap. Tidak memotong cakapnya dan tidak sekali-kali bersikap endah tak endah atau acuh tak acuh.


8) Tidak berbantah bantah atau berbalah balah lebih lebih lagi sehingga mengeluarkan kata kata yang tidak sepatutnya diucapkan.


9) Memanggil sahabat dengan panggilan atau nama yang disukainya sama ada didepan atau dibelakangnya.


10) Melahirkan kegembiran apabila menerima pertolongan,hadiah atau jasa baik sahabat.


11) Tidak menyebut nyebut atau mengingat-ingat kesalahannya atau keburukannya.


12) Tidak berburuk sangka terhadap sahabat. Memandang sikapnya dengan pandangan dan anggapan positif.


13) Memberi nasihat terhadap kesalahannya dan kelalaiannya.Tegur dan beri nasihat secara rashia dan berhikmah.


14) Sentiasa mendoakannnya sama ada dia masih hidup atau setelah meninggal dunia.


15) Menjalinkan kasih sayang hingga keakhir hayat.


16) Tidak mendesak atau memaksanya hingga dia rasa terbeban.


17) Merasakan apa yang dirasainya sama ada susah atau senang. Gembira dengan kegembiraannya dan bersedih dengan kesedihannya.


18) Berterima kasih di atas kebaikkanya.



'Menjadi sahabat yang baik dan memiliki sahabat yang baik adalah ciri ciri orang bertakwa'


Sumber: Golden box

4 comments:

Abd Razak said...

Salam..:):)

Andaikata keikhlasan dan kasih sayang itu menjadi tunjang percayalah persahabatan itu akan tetap pada kedudukannya, pasti akan bertahan.

Jihadi Abadi said...

Persoalan menjadi sahabat yang baik? Mmmhhh... apabila kita menginginkan sesuatu yang baik untuk diri dan cemerlang untuk diri, perkara sama juga diperlukan sahabat. Maka, cetuskan rasa positif untuk digarap bersama, maka persahabatan itu akan berlangsung harmoni selamanya.

Ruby said...

~ Abd Razak

Tq kerana sudi bertandang... semoga kamek akan mendapat sahabat sedemikian di sepanjang perjalanan hidup kamek...

Ruby said...

~ Omar GMC

Syukran atas kunjungan.. terima kasih atas kata2 yang berharga itu.. semoga kita akan menemui insan2 yang dapat membantu dalam perjuangan hidup kita di alam fana ini...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...