Kenapa begitu payah
untuk anak-anak berada di sisi
tatkala dirinya begitu memerlukan?
bukankah dulu
merekalah dibelai ditatang bagai minyak yang penuh
dimanja dengan penuh kasih sayang
perhatian tak berbelah bahagi
Anak-anak itu sudah membesar
mendapat pendidikan terbaik
memiliki kerjaya hebat s
egala penat jerihnya terbayar
kejayaan anak-anaknya
bagaikan penawar hatinya berbunga bangga
Kedewasaan mereka menemukan cinta silih berganti
berumahtangga hidup sentosa membina istana
diserikan cahayamata comel belaka
asalkan anak-anak gembira
dia turut menumpang bahagia
Tahun demi tahun kesihatannya mula merosot
sakit peningnya harap ada anak peduli
seperti prihatinnya dia ketika mereka kecil dahulu
jika anak-anak demam
dialah bersengkang mata
menjaga mendodoi menjentik nyamuk
jika anak-anak tak selera makan
dialah bersusah payah memujuk menyuap nasi
Tapi harapannya hampa
anak-anak menjauh diri
dia terasa hati
bagai dibuang di daerah sunyi
jadilah dia penghuni setia rumah kebajikan orang-orang tua
merintih nasibnya yang diabai oleh anak-anak kesayangannya sendiri......
Sumber: Golden box
1 comment:
Salam..
Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa agar anak-anak kaya dengan kasih dan sayang.
Namun kadangkali ada yang tidak menghargai kasih sayang kedua ibubapa mereka.
Post a Comment