Terima kasih ..... Sahabatku...

Saturday 21 August 2010

Ramadhan datang lagi...

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi... syukur ya Allah, dengan kasih sayang Mu aku masih berkesempatan untuk menemui Ramadhan kali ini... Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna

Marhaban ya Ramadhan... walau pun sudah 10 hari kita laluinya namun seperti baru semalam kita memulakannya.. cepatnya masa berlalu... itulah peredaran masa waktu ini... tidak terasa masa begitu pantas meninggalkan kita dengan seribu satu cerita...

Cerita aku... Lama pena in tidak menari. Mungkin saat ini, pena ini perlu bergerak semula... dari rehat yang cukup panjang...

Ku mulakan dengan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana Ramadhan kali sesuatu yang istimewa berlaku dalam hidup ku... Alhamdulillah ya Allah, setiap ujian Mu itu penuh dengan hikmah... hanya insan yang sabar, cekal dan tabah saja dapat melaluinya dengan tenang dan mencari cahaya dalam kegelapan... aku insan terpilih...

Ujian ini juga memberi ruang untuk aku lebih banyak berfikir dan mencari satu PERUBAHAN dalam hidup ini... satu ruang yang tidak pernah terlintas dalam sebelum ini tapi dalam kepahitan itu ada kemanisan yang tersembunyi...

HIJRAH mungkin satu fasa hidup yang perlu ku lalui sedikit masa lagi... aku berserah kepada Mu ya Allah untuk tunjukkan ku jalan terbaik dalam meneruskan langkah ini... Yang pasti aku bersyukur akan ketentuanMu, yang mewarnai hidup ini dengan warna yang cukup indah... coretan hidup... suka dan duka... membuatkan kita lebih matang.

MATANG dari segi emosi? cara berfikir? mengemudi kehidupan? membuat pilihan? Semua persoalan ini perlu jawapan yang perlukan masa bukan sehari dua... Yang pasti kita ada pilihan...

PILIHAN dalam hidup?! Setiap orang perlu memilih... mana yang terbaik? mana yang sebaliknya? Tapi kena ingat... kadang-kadang perkara yang kita tidak suka itu baik untuk kita, dan boleh jadi perkara yang kita suka itu tidak baik untuk kita...

"
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."[2:216]

Semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya...
Semoga segala urusan kita dipermudahkanNya...
Semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan hidayahNya...

Ya Allah kepadaMu aku bermohon...

2 comments:

penjejak maya said...

salam ziarah ke sini..

Ruby said...

~Penjejak Maya~

Salam.. terima ksaih kerana sudi singgah...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...