Terima kasih ..... Sahabatku...

Saturday 23 January 2010

Pencarian…


Bukan mudah rupanya untuk memulakan tarian pena ku ini… banyak aspek yang perlu diambil kira… untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti itu menuntut masa dan tenaga yang bukan sedikit… kata seorang sahabat perlu bakat dan komitmen yang tinggi terutama dalam pembacaan buku-buku ilmiah… dengan kata lain istiqamah… Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang hebat… yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang… walau tidak dikenali secara mendalam, ruang maya ini membawa aku mengenali insan-insan yang mempunyai matlamat hidup yang hebat dan ianya banyak mempengaruhi kehidupan ku sekarang…


Ku mulakan tarian pena ku ini dengan melahirkan rasa sebak dan sedih di atas pemergian seorang sahabat baik ku, rakan seperjuangan ketika belajar di UIA dulu.. susah senang kami harungi bersama… Siti Munirah Zakaria insan yang baik dan beruntung mengenali mu … ku rindui gelak tawa mu Cik Mun tapi kau pergi dulu mengadap Ilahi dan saat itu terhentinya pencarian mu dalam kehidupan ini… semoga roh mu dicucuri rahmat dan diri mu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…Al-Fatihah…


Bagaimana dengan aku… entah bila pencarian ini akan berakhir… gerun rasanya bila memikirkan saat yang akan tiba bila-bila masa sahaja.. sebagaimana janji Allah, kematian itu satu kepastian… bersediakah aku untuk menghadapinya… petang semalam aku berkesempatan berbual dengan seorang sahabat yang cukup aku kagumi… bersyukur kerana dipertemukan dengan dirinya… katanya, itu fitrah… kalau kita mensyukuri Allah, menghargai segalanya, ibubapa, orang-orang yang berurusan dengan diri kita, beramal..dan lain-lain....InsyaAllah kita tidak akan takut untuk pergi..mengadap Ilahi…


Banyak perkara yang ku pelajari daripadanya… istilah posmen yang digunakan membuatkan aku tersenyum dan banyak berfikir… bagaikan seorang anak kecil yang dahagakan air susu ibunya, begitulah aku mengikuti hasil penulisannya… banyak kali aku tersentak bila apa yang diperkatakan itu secara langsung ‘mengena’ dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupan ku… maaflah bahasa ku tidak seindah bahasa penulisan yang sepatutnya… ku gelar diriku orang nombor yang agak buta bahasa tapi ku teruskan jua untuk mencuba… tidak rugi mencuba sesuatu yang baru… dan di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Peluang ini kugunakan sepenuhnya untuk menyelak lembaran hidup ku yang selama ini agak kelam kabut dan mungkin sudah tiba masanya ku atur semula agar ianya lebih bersistem dan mempunyai matlamat yang jelas… bukannya tidak pernah melarik impian hidup tapi kadang-kadang persekitaran dan tuntutan masa banyak mengubah haluan kita… jika tidak pandai mengemudi, mungkin hanyut dibawa arus hidup dunia sekarang ini.


Aku bersyukur ya Allah… kali ini pencarian ku punyai matlamat yang tidak pernah diberi perhatian yang sewajarnya sebelum ini. Bukannya tidak tahu tapi kadang-kadang buat tidak tahu… sikap manusia yang mudah lupa bila mendapat nikmat yang diberikan… dan kerana itu juga musibah akan datang bila-bila masa sahaja… bila dah terhantuk baru kita tahu betapa mudahnya diri kita alpa, leka dan lalai dengan nikmat dunia ini. Musibah yang datang kali ini, benar-benar membuatkan aku tersungkur… Tanpa sahabat-sahabat ku disekeliling, mana mungkin aku bisa bangun semula… Alhamdulillah … kesakitan yang datang, kesukaran untuk meneruskan nafas, keperitan menerima segala yang telah tertulis, kebimbangan mengemudi haluan dan kesunyian dalam melakar perjalanan hidup… membuatkan aku lebih redha dan berlapang dada di atas ketentuan Ilahi… setiap kepahitan itu pasti ada kemanisannya…


Sahabat ku pernah berkata… ruang maya ini bukan sekadar tempat untuk meluahkan apa yang ada di dalam fikiran kita tapi satu ruang untuk mengingatkan.. tapi sayang tidak ramai yang ambil peluang ini sebaiknya…pintu hati mereka tertutup…

dan tak nampak…. hijab ditutup Allah…katanya lagi orang yang pandai ialah orang yang membuat persiapan untuk MATI…


Sebagai hambaNya, kita mohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT. Satu malam rezeki aku berada di depan tv mengikuti satu program bersama Dr Fadzillah Kamsah …Anjakan paradigma… dalam rumusannya, dia menyeru agar kita sentiasa berusaha menarik hidayah Allah supaya kita tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang sesat di dunia fana ini… Bagaimana kita nak tarik hidayah Allah??? Yang pasti pengisian progam ini turut membuka mata hati ku ke arah satu perubahan hidup.. tapi persoalannya sejauh mana kita boleh beristiqamah dan wasatiah dalam tindak tanduk kita… akan ku sambung tarian ini sedikit masa lagi…

2 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Kematian itu pasti akan tiba, maka Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita semua agar selalu mengingatnya dan menyiapkan diri dengan bekal setelah kematian itu. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Perbanyaklah mengingat yang memutuskan kenikmatan (maksudnya: kematian)."

Ruby said...

~ Abd Razak

Wasalam....

Terima kasih kerana sudi berkunjung...

Semoga kita tidak lalai dan leka daripada mengingati MATI...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...