Terima kasih ..... Sahabatku...

Monday, 22 February 2010

KORBAN IBU



Setiap detik nafasnya adalah suatu pengorbanan

berusaha dalam jerih perih tak kira siang atau malam

membaiki taraf kehidupan

demi membela nasib keluarga

agar tidak terhina dek kedaifan

atau dipandang sepi masyarakat


Demi anak-anak dia rela berhempas-pulas

asal airmata mereka tidak jatuh

disebabkan kelaparan atau tertinggal dalam pelajaran


Keyakinannya amat kuat

di suatu hari nanti nasib ini akan berubah

dari suram kepada ceria

doanya biarlah dia tabah dalam membesarkan anak-anak

kerana kejayaan merekalah yang diharapkan

agar berjaya ke menara gading menjadi insan mulia

dihormati masyarakat bukan lagi dipandang enteng…


Alangkah indahnya apabila pengorbanannya dihargai

oleh anak-anak yang mengenang budi

dibelai dengan penuh kasih

mewarnai semarak cinta dan budi…


Sumber: Golden box


4 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Syukur dan beruntunglah sesiapa yang berpeluang menjaga ibu mereka sentiasa, apalagi di hujung usia..namun bukan semua orang berpeluang begitu. Jarak yg jauh, hanya doa tidak putus-putus dengan harapan suatu hari nanti kita berpeluang juga menjaganya..

- jinggo - said...

senang dan tenang membaca dan memberi penghayatan kepada bahan ini..menarik

Ruby said...

~ Abd. Razak

Salam...

Alhamdulillah... semoga peluang itu berterusan hingga saatnya tiba... cuma manusia perlu diperingatkan selalu kerana manusia mudah lupa...
Moga kita tergolong dalam manusia yg sentiasa bersyukur dan berkasih sayang terutama kepada ibu bapa kita...

Ruby said...

~ Jinggo

Salam...

syukran atas kunjungan...

semoga perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat kepada yang memahaminya...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...