Terima kasih ..... Sahabatku...

Wednesday 6 April 2011

Jalan itu...

 Satu... dua... tiga...
Derap sepatu mencuri pendengaran ku 
Di manakah ianya akan berakhir
Tiada jawapan yang dapat diungkapkan
Rahsia yang tiada siapa yang tahu
Yang pasti... ianya akan berakhir jua

Jalan itu masih panjang
Dalam tempoh waktu yang singkat
 Penuh liku dan halangan
Tiada jaminan kecuali yang percaya
 Apa pilihan kita
Berpegang teguh padaNya
Kerana Dia tidak pernah melupakan walau sesaat
Tetapi sering dilupakan kerana nikmat yang tersedia
Kita alpa dalam lautan kehidupan
Penuh kepura-puraan dan godaan
Tanpa pegangan
Kita tenggelam kerana pilihan

Jalan itu
Pasti ada penghujungnya
Pasti juga ada persinggahannya
Di mana pilihan kita?

Semoga dipermudahkanNya



credit: abuhasif.wordpress.com/2008/12/01/jalan-panjang


“Ya Allah, 
aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat,
dari hati yang tidak khusyu’,
dari nafsu yang tidak pernah kenyang,
dan dari doa yang tidak dikabulkan.”

RedhaMu yang ku cari... 



No comments:

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...