Terima kasih ..... Sahabatku...

Friday 8 April 2011

Masa untuk bertenang....


 Alangkah seronoknya jika boleh berada di situ sekarang... menghirup udara segar yang ditiup bayu laut... mendengar deruan ombak yang menghempas pantai... menghayati keriuhan suara-suara alam yang menjadikan suasananya tenang dan damai... Bila agaknya? 2 minggu lagi?  Jika keadaan diri mengizinkan.. Insya Allah... Rindunya ....


Hari ini aku sudah mula memandu seperti biasa... kesakitan perlu diatasi dengan minda yang kuat.. Kalau sendiri tak bergerak, siapa lagi yang menggerakkan diri kita. Aku berjaya akhirnya ....

 Kepada teman-teman yang baik hati.. yang banyak membantu disepanjang musibah ini, jutaan terima kasih atas segala jasa baik kalian yang sudi membantu walau dimana sekali pun, walau apa pun yang berlaku... Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian semua... Adik.. terima kasih kerana sudi berada di sisi ku dalam situasi ini... Kehadiran mu banyak membantu memudahkan segala urusan... Terima kasih semua.. Syukur ya Allah, Kau kurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang baik hati budinya, adik yang sanggup berkorban untuk ku.. dan keluarga yang cukup memahami walau dalam apa jua keadaan sekali pun.. Dengan kasih sayang Mu, ku lalui dengan penuh redha.. kerana bersamanya hikmah yang tersembunyi.... Alhamdulillah...

Perkongsian hari ini....
Alhamdulillah, bengkel hari ini berjalan dengan jayanya. Perkongsian bersama guru-guru Matematik G5 membuahkan satu persepakatan yang ditangguhkan buat sementara waktu ... Perkongsian kecil ini membuatkan guru-guru ini tersenyum... Kudoakan apa yang kutitipkan hari ini, sedikit sebanyak memberi impak yang positif kepada anak didik di sini.

Esok, aku akan ke sekolah lagi untuk sekolah ganti ... malam ini ambik masa untuk bertenang seketika... masa berpantang masih berjalan kerana luka masih belum sembuh sepenuhnya... Selera makan pun kurang kerana tidak dapat menjamah apa yang dihajati.. Alhamdulillah ya Allah.. itulah nikmat yang sering melalaikan... Berhenti sebelum kenyang susah untuk dilaksanakan bila selera melebihi keperluan.. Dengan kesakitan ini, memberi sedikit ruang untuk ku menghargai nikmat yang ada disekitar dan menghargai kerana masih punya peluang untuk merasai apa yang mungkin hanyalah impian bagi orang lain...

Kata seorang sahabat, 'bencana' membawa satu perubahan.. tetapi sejauhmana perubahan yang kita boleh lakukan dengan kehadiran 'bencana' tersebut. Manusia itu terlalu mudah alpa, leka dan lalai dengan nikmat dunia... Terhantuk sekali belum tentu kita akan serik terus... tapi itulah cabarannya...

Mendidik dengan kasih sayang... 
Bersederhana dalam apa jua ingin dilakukan...
Sentiasa memandang ke bawah supaya kita lebih bersyukur...
Sentiasa merasa cukup dengan apa yang telah dikurniakan kepada diri kita..
Mencari ketenangan ... damai di hati....


No comments:

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...