Terima kasih ..... Sahabatku...

Sunday 31 January 2010

PeLuAnG kEdUa...



Seorang sahabat pernah berpesan...

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi pertemuan, tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan...."

Indahnya bait kata-kata itu tapi tanpa kita sedari setiap hari pertemuan akan berlaku... sama ada yang pertama atau seterusnya... tapi sedar kah kita bahawa setiap pertemuan itu ada peluang yang datang seiring....


Pertemuan dengan keluarga di kampung membuatkan hati ku terhibur... walau seketika tapi cukup bermakna... masih ada yang sayang... itu yang boleh ku gambarkan... akan adakah pertemuan itu untuk esok... hanya Allah yang tahu jawapannya... peluang itu perlu diambil sewajarnya...


tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang anak...

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang ibu...

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang bapa...
tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang isteri...
tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang suami...


Pertemuan dengan sahabat mengimbau kenangan silam... pahit, manis, suka, duka ... semuanya menjadi kenangan terindah buat kita... dulu kita berkongsi apa saja dalam perjuangan mencari kesempurnaan... kini kita menuai hasilnya... apakah ada peluang itu lagi untuk hari-hari yang akan datang... gelak tawa itu mungkin hanya irama sehari ini...




tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang kawan yang baik

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang rakan yang prihatin

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang teman seperjuangan

tunjukkan kasih sayang mu sebagai seorang sahabat yang budiman



Pertemuan mengundang peluang...

peluang yang mungkin cuma datang sekali...

tapi jika ada peluang kedua...

apa yang perlu kita lakukan???




6 comments:

Unknown said...

peluang kedua
setelah ada peluang peluang pertama....
kenapa nak peluang kedua...
mungkin ada ketidak sempurnaan masa yang pertama kan......

maka : peluang kedua mungkin lebih baik...pastinya

Ruby said...

~ Jinggo

Insya Allah...

ambil peluang yang ada selagi ada kesempatan kerana kehidupan ini singkat...

belajar dari kesilapan dan lebih mengenali diri sendiri supaya kesilapan tidak berulang lagi...

mungkin esok bukan milik kita lagi...

Abd Razak said...

Salam...

Mungkin kesempatan yang pertama itu kali terakhirnya dalam kehidupan kita maka ambillah peluang itu sebaik mungkin.

Begitulah juga jika dalam keadaan noda dan dosa, bersegeralah bertaubat kerana kita tidak tahu ajal itu bila?

Jihadi Abadi said...

Peluang kedua? Menarik bunyinya, moga Sdri mendapat sedikit kesempurnaan dariNya. Saya doakan pertemuan dan peluang kedua ini memberikan Sdri nikmat hidup yang berkekalan aman dan harmoni.

Ruby said...

~ Abd Razak

Syukran ... atas peringatan yang cukup bermakna itu...

kadang2 manusia mudah alpa, leka, lalai dan lupa apabila diberi nikmat dan kesenangan...

semoga kita dipelihara daripada golongan orang2 yang rugi...

Ruby said...

~ Omar GMC

Insya Allah... segala peluang yang diberikan perlu digarap sebaiknya...

semoga kita lebih tenang melaluinya dan bersyukur atas kurniaanNYA...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...