Sukar untuk ku gambarkan perasaan ku tika ini.
Pelbagai persoalan yang bermain di benak fikiran ku...
Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
sampai bila...
perlu ada titik akhir satu cerita...
dan ada satu titik permulaan satu kehidupan baru...
hari ini... kusedari aku tidak berseorangan...
masih ada yang sudi ambil tahu...
masih ada yang sudi bertanya khabar...
masih ada yang sudi menghulurkan tangan...
terima kasih teman-teman...
kerana kalian aku masih di sini...
bersama berjuang untuk satu kehidupan...
percayalah...
aku yakin aku boleh lakukan...
kerana percaya dan yakin...
kunci utama untuk satu kejayaan...
kejayaan yang tertangguh...
Tiada suatu pun kesusahan, melainkan akan ada akhirnya...
dan tiada sesuatu pun keadaan pahit yang dialami oleh seseorang...
melainkan sesudahnya ada kemanisan...
lalui dengan tenang dan berlapang dada...
4 comments:
apa yang berlaku ada sebahagian dari dari cerita yang menjadikan hidup ini semakin menarik untuk dinikmtikan...
sabar
kita sedang diajar
kita mesti belajar
~ Jinggo
Syukran...
tengah melaluinya sebaik mungkin
Salam...
Sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah kerana itulah jalan utk mengaut rasa tenang dan damai dlm hati
~ Abd Razak
Salam...
Terima kasih atas kunjungan...
Hanya kepada Allh kita berserah kerana segalanya dibawah kekuasaanNYA...
Ketenangan dan kedamaian... melalui zikrullah...
Post a Comment