Terima kasih ..... Sahabatku...

Monday 1 February 2010

RaHsIa 13 & rAhSiA wAjAh & HaTi YaNg CaNtIk





Tazkirah


Subject: Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

· Untuk menghilangkan stress , perbanyaklah ''olahraga''. Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

· Untuk pelembab , agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua'laikum wr wb...


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir -ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur..

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur..

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T..


Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
AMIN



Sumber: Email daripada seorang rakan...

4 comments:

Unknown said...

blog ini semakin hari semakin cantik - info2 yg unik dan menarik....
saya nak copy N3 in i untuk dijadikan bahan....

Ruby said...

~Jinggo

Terima kasih atas kunjungan dan dorongan untuk terus menulis ....

semoga perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang memerlukan...

Abd Razak said...

Salam...

Bagus juak info tok cuma kena ingat bahawa solat itu merupakan perintah Allah dan kita mengerjakannya semata-mata keranaNYA bukan bertujuan untuk perkara lain selainNYA.

Jika berniat utk tujuan lain seperti menghilangkan stress, menjaga kecantikan, awet muda dan sebagainya maka keikhlasan itu akan lenyap. Ianya seolah-olah membesarkan perkara lain selain Allah dan boleh menjejaskan aqidah.

Dari itu ingatlah solat itu hanyalah untuk membesarkan Allah

Ruby said...

~ Abd Razak

Wasalam...

Syukran kerana sudi berkunjung...

Solat tiang agama, tuntutan terbesar dalam hidup kita... perkongsian kecil ini sekadar melihat kelebihan seiring..

Tapi yang pasti solat hanya untuk Allah... tiada niat lain melainkan menunaikan kewajipan kepada Nya sebagai hambaNya...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...