Terima kasih ..... Sahabatku...

Thursday 4 February 2010

Selagi ada waktu...


selagi ada waktu...

selagi ada peluang...

selagi ada pilihan...

kadang-kadang kita perlu buat pilihan walau pun bukan pada waktunya...

adakah pilihan itu memihak kepada diri kita...

atau hanya mampu melihat dari kejauhan...

ingin ku gapai tapi tangan tak sampai...

ingin ku selam tapi terlalu dalam...

ingin ku jaga tapi bukan milik ku...

hanya redha menemani hati...

berserah dengan ketentuan Nya...

lebih manis daripada menongkah arus...

kerana REDHA kunci segala kedamaian...

kerana REDHA kunci segala kebahagiaan...

kerana REDHA kita beroleh keberkatan...

kerana REDHA kita mendapat rahmatNYA...

Redha kah aku....

Ya Allah...

Kau didik lah hati ini untuk merasai kemanisan redha ini...






4 comments:

Jihadi Abadi said...

Redha seiring dengan kehendak dan keperluan hati, tanpa menidakkan hakNya.

Abd Razak said...

Salam kitak..:)

Hakikatnya hamba hendaklah menyedari kelemahannya lalu dia berlindung kepada kudrat Allah, melihat kelemahan dirinya lalu dia mempertahankan dengan kekuasaan Allah, menyaksikan kefakirannya lalu dia berlindung dgn rahmat Allah melihat kehajatannya lalu dia mengambil drp kekayaan Allah, mengetahui kekuranganya lalu dia beristighfar dan menyedari kekurangannya lalu dia bertasbih dan menyuci kesempurnaan Allah.

Ruby said...

~ Omar GMC

Aku redha....

Ruby said...

~ Abd Razak

Wasalam kitak..:)

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya dan sebab disebaliknya adalah tidak sia-sia... belajar dan cuba melaluinya dengan sebaiknya...

Click me!

Setiap pengisian merupakan tulisan pemilik blog kecuali sumber dinyatakan. Kekangan ilmu dan kemahiran membatasi intipati penulisan. Selebihnya adalah sekadar perkongsian daripada koleksi penulis...