Gambar credit dari google.com
Rasulullah SAW bersabda:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
Pertama, masa sihat sebelum sakit.
Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat, masa muda sebelum datang masa tua,
dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.”
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Seringkali kita mendengar hadis di atas diwar-warkan... tapi sejauh mana kita menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian?
5 hari 5 malam... satu tempoh masa aku diuji salah satu daripada 5 perkara di atas...
masa sihat sebelum sakit
Walaupun apa yang ku lalui hanya sekelumit saja jika dibandingkan dengan orang-orang yang berada di sekitar ku... tapi tempoh itu membuatkan aku benar-benar insaf betapa berHARGAnya sebuah keSIHATan...
Aku diberi kesempatan untuk melihat sendiri satu babak kehidupan yang cukup menyentuh hati kecil ku... Kesabaran dan ketabahan seorang suami menjaga isterinya yang mengalami penyakit yang kritikal... dengan penuh kasih sayang si suami melayan kerenah si isteri yang cukup mencabar... hingga ke saat-saat akhir...
Jika aku berada di situ... mampukah aku melaluinya dengan tenang dan sabar?
Bilakah pula saat-saat akhir bagi diriku?
Janji Allah benar.. tidak akan lebih atau kurang walau sesaat...
Alhamdulillah... Kau ujiku dengan kasih sayang Mu...
Hanya redha Mu yang kucari...
Kurniakanlah kesabaran, kecekalan, ketabahan dan keinsafan kepada hamba-hambaMu yang diuji dengan kesakitan dalam pelbagai bentuk dan rupa...
Moga rahmat dan keberkatan Mu bersama mereka...
Moga esok masih ada untuk aku meneruskan langkah ini...

2 comments:
salam delima..
sejuk hati masuk sini..
:-)
moga awak terus hebat! insyaallah
W'salam Sifu..
Jazakallahu khairan..
sudi bertandang dan kata-kata yang cukup membina...
Saya berinspirasikan Sifu dan rakan-rakan yang lain...
Alhamdulillah..
Post a Comment